Pages

Wednesday, November 10, 2010

~ 2 years passed by~

salam to all...

Alhamdulillah..hari ni 10.11.2010, genaplah dua tahun bemulanya karier saya sebagai seorang cikgu.. dua tahun yang mungkin kedengaran singkat tetapi cukup bermakna bagi saya. Dua tahun yang berlalu telah banyak memberi saya pengalaman dan pengajaran yang cukup berguna dalam karier saya..

10.11.2008, (8.00 pagi)
Melaporkan diri di dewan Wisma Belia Indera Mahkota. Mendengar taklimat penempatan dan orientasi untuk guru-guru sandaran terlatih siswazah. Taklimat tamat hampir jam 12.00 tghari. Kemudian menunggu untuk diumumkan penempatan bagi setiap guru..... Jam 1.00 tghari dipanggil ke pentas untuk menerima surat tawaran penempatan... DIPERSILAKAN CIKGU WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM, ANDA DITEMPATKAN DI SMK INDERA MAHKOTA 2..(pengerusi sempat berjenaka mengenai jarak sekolah dengan dewan taklimat yang terlalu dekat.. =)). Mendengarkan nama sekolah tu saya kira sekolah yang cukup indah sesuai dengan namanya...

10.11.2008, (2.00 petang)
Ayah mencadangkan untuk terus melapor diri ke sekolah memandangkan 'boss' baru saya adalah teman lamanya.. masuk sahaja ke kawasan sekolah terasa seperti banyak mata yang memandang..sewaktu naik tangga ke pejabat, ayat yang keluar dr mulut ayah yg x dapat dilupakan "lebih kurang macam skolah ayah jer...hahaha". memandangkan waktu tu adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti panjang, jd pelajar tak ramai yang datang... perkara yang tak dapat dilupakan masa di pejabat pula bila org2 di pejabat ingat saya nak mendaftar sebagai pelajar baru untuk tahun depan,huhu...(perasan awet muda jap,hehe)

11.11.2008 (7.00 pagi)
Hari pertama secara rasminya sebagai seorang guru datang ke sekolah...(dulu awl je dtg, skrg slalu melewat2kan diri,hehe..) hari ni diberi relief untuk masuk ke kelas 2D......
Maka bermula lah 'cabaran' saya di sini.........................................


Dua tahun berlalu.................................
andai lah ditakdirkan dapat bertukar tahun ini....pasti banyak kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan.... terima kasih buat SMKIM2 kerana memberikan saya pengalaman yang cukup cukup cukup berharga ini...


wassalam... =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails